My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080302

cerita hujung minggu...

Lagi-lagi satu hujung minggu yang berlalu tanpa apa-apa pencapaian yang membanggakan... Hujung-hujung minggu kebelakangan ini menjadi semakin pendek, bukan kerana masa berlalu terlalu pantas sebab terlalu sibuk dengan agenda yang tidak habis-habis, sebaliknya banyak masa yang terhilang kerana mengejar tidur yang terhutang sepanjang hari-hari minggu biasa...

Hari Sabtu dimulakan dengan mengubah-suai blog ke dalam Bahasa Malaysia. Nasib baik internet lancar, dapat juga saya ubah semua heading untuk item-item di tepi. Sebelah tengah hari pula saya keluar dengan Ben untuk makan tengah hari jalan-jalan di Centre Point. Tujuan asal kami keluar adalah untuk mendapatkan biji benih bunga (untuk saya tanam di ofis) dan kemudian ke pantai untuk saya belajar mengambil potret dengan Ben, Sandra dan Angeline sebagai modelnya. Jalan punya jalan, tanpa diduga saya telah melekat lagi di kedai seberang jalan dari CP. Kononnya mahu pergi melihat beg saja, kalau-kalau kedai itu ada jual beg kamera yang murah, tetapi dapat pengajaran pula (lihat entry blog semalam). Kedai ini sebenarnya salah satu pengedar utama kamera dan lensa-lensa, alat flash tambahan (pendek kata semua bahan fotografi) untuk seluruh Sabah dan Labuan, memanglah harganya dapat diturunkan lebih murah berbanding kedai-kedai lain (sakit hati mengetahui perbezaan harga pemborong dan pekedai biasa begitu ketara sekali). Kononnya mahu lihat beg saja, saya akhirnya balik dengan beg kamera Canon berharga RM80.00, kanta perlindungan UV untuk 2 lensa, RM35.00 x2.

Habis la duit saya sebelum saya sampai di Indonesia ni... nasib baik kedai tutup awal dan tauke kedai telah menutup air-cond, secara tidak langsung memaksa saya untuk keluar dari kedai... kalau tidak, huh... Biji benih tidak terbeli...

Hujan turun hampir setiap petang menyebabkan plan untuk berposing-posing di pantai terpaksa dibatalkan. Sebelah malamnya pula tiada aktiviti yang menarik, rasa mahu keluar minum tetapi tiada kaki-kaki yang free masa itu... Sebenarnya ada sudah 2 sumandak mahu buat coffee tasting dengan saya jam 8:30pm tapi secara last minitnya rancangan telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... sheesh...

Bagus juga, sebab ada lah peluang saya menonton VCD wayang Anak Halal yang sudah saya beli sejak beberapa minggu lalu... tunggu giliran untuk kena tonton... OK juga wayang nih, walaupun dibuat di Malaysia, jalan ceritanya agak mantap serta membariskan pelakon-pelakon yang memang pandai berlakon perangai samseng. Cuma ada beberapa adegan yang tidak masuk akal, contohnya apabila mama si Indra tu kena tangkap polis kerana membelasah pencopet duitnya. Bida betul adegan itu. Nantilah, kalau ada mood saya akan buat review untuk wayang ini.

Hari ni pula bangun awal sebab kena pergi gereja (bukan terpaksa ok). Lepas gereja sambung buat blog sebelum keluar lagi membeli hadiah untuk adik sepupu yang birthdaynya esok tapi partynya malam ini. KK ni memang kekurangan Kompleks membeli belah yang standard, so terpaksa la pergi ke CP sekali lagi, walaupun semalam baru saja ke mari.

Empat jam saya di CP, 3 jam pertama belum lagi tercapai tujuan utama datang ke CP hari ini (beli hadiah untuk sepupu) sebaliknya penuh sudah beg plastik kiri kanan dengan barang-barang untuk diri sendiri, antaranya pendrive 2G, benih kangkung untuk ditanam di ofis, bekas menyimpan benih kangkung, biji kopi dari Starbucks (perisa baru kunun, untuk buat coffee tasting yang dibatalkan semalam) dan CD lagu Inggeris.

Sampai rumah jam 6pm, baru mahu bersiap-siap untuk pergi ke party, tiba-tiba ada panggilan dari Klinik. Rupa-rupanya saya terlupa bahawa hari ini slot saya bertugas dan melihat masa, saya sudah lambat 10 minit. So terpaksa lah batal pergi party, pergi kerja lah pula dari 6:30pm sampai 10:30pm. Siapa suruh lambat, kena potong gaji lah ceritanya, apa boleh buat, salah sendiri juga... tanggung saja lah...

Balik dari kerja ada sudah makanan kena tapau menunggu, Lepas makan, mandi... lepas mandi, sambung tulis blog ini, lepas siap nanti, tidur.... besok kerja lagi...

Saya rasa musim Prapaska ini mungkin saya perlu mengurangkan blogging sebagai puasa saya, baru terasa ibadah sebenarnya... kalau puasa makan sekarang ini tidak terasa sudah, sebab memang mau diet juga, hehe... mungkin juga.

No comments: