My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080309

biar betul...

With all due respect, saya memang mengagumi orang-orang yang sanggup menghadapi tanggapan masyarakat dan melawan arus "kebiasaan" untuk mengetengahkan kepercayaan mereka, atau untuk mencapai hasrat dan impian mereka. Mereka ini biasanya orang-orang yang radikal, yang tidak mudah berputus asa, dan cerita hidup mereka sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk menggerakkan arus perubahan di dalam dunia kita yang sentiasa mencari jalan mudah dalam segala-galanya.

seorang pendengar yang skeptikal... perhatikan wajah budak tu...

Tapi saya tidak kurang pasti kalau kisah seorang tua berumur 89 tahun dari Kuala Terengganu bernama Maimun Yusuf, yang bertanding untuk kerusi Parlimen sebagai calon bebas ini patut diklasifikasikan sebagai kisah inspirasi atau kisah komedi... ataupun kisah tragedi...

Dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan Yusuf, Ariffin, Brian dan ramai lagi, beliau berbasikal sekeliling kota untuk berkempen, menampal poster-poster pilihanraya dan merangka manifesto-manifesto yang dianggap... memberansangkan? Malangnya sukarelawan-sukarelawan beliau kebanyakannya bukan daripada Kuala Terengganu dan tidak boleh mengundi beliau...

Setelah membelanjakan lebih daripada RM10,000, beliau tewas kepada calon BN dengan hanya berjaya meraih 685 undi berbalas lebih daripada 30,000 undi BN (kurang daripada 3%), sekali gus melenyapkan harapan mendapatkan semula wang deposit RM10k dan kini sedang meraih simpati daripada penyokong-penyokong seluruh dunia untuk memberi bantuan menggantikan kerugiannya.

biar betul ni, nek... bukan saya seorang saja yang skeptikal ok...

Nasib juga ada berita baik, kononnya, yang nenek ini mungkin akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai calon tertua Parlimen (dan mungkin juga akan menjadi sumber sedikit pendapatan).

Pengajaran yang mungkin didapati daripada segala hoo-ha yang berlaku:

1. Terdapat berzillion-zillion cara yang lain untuk membelanjakan wang RM10k yang lebih bermanfaat daripada percubaan untuk mendapatkan publisiti dengan cara ini...

2. Terdapat berzillion-zillion lagi cara untuk menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk yakin kepada diri sendiri daripada menggadaikan imej diri dengan mengambil risiko yang sia-sia (uncalculated risk)...

3. Sesiapa yang menjadi dalang dalam percubaan mendapatkan publisiti mudah ini harus merasa malu terhadap diri sendiri kerana mengeksploitasi harapan dan emosi seorang nenek tua...

4. Mereka-mereka yang terasa bahawa eksploitasi ini membawa manfaat sebaik-baiknya join kumpulan "Make A Wish" yang mungkin dapat membantu orang kurang bernasib baik untuk mencapai hasrat mereka yang lebih bermakna...

5. Jangan memecahkan undi (baik Kerajaan ataupun Pembangkang) dengan mewujudkan deviasi terhadap parti-parti bebas secara meraih undi kasihan... Pilihanraya Umum adalah suatu perkara yang serius, bukan satu medium untuk mendapatkan populariti... Kalau mahu popular juga, belajar menyanyi atau menari dan ikuti salah satu daripada berzillion rancangan realiti yang ada di industri hiburan masa kini...

Mujurlah saya tidak dapat menyuarakan pendapat saya dengan sarkastik sekali dalam BM, kalau tidak, ada la yang terpaksa pi confession kerana terlepas cakap (tulis) nih...

No comments: