My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080306

falsafah kehidupan vs pendirian moral......

Hari ini mood agak murung, bukan dengan masalah sendiri, tetapi dengan masalah orang lain yang menjanakan urutan pemikiran yang membuai di antara falsafah kehidupan secara umum dan pendirian moral yang diterapkan sejak kecil lagi... ditambahkan dengan musim hujan yang sedia membuatkan keadaan lebih gloomy daripada yang diperlukan...

Kebanyakan daripada kita dibesarkan dengan idealisasi-idealisasi kebahagiaan yang dipaparkan di kaca televisyen (kecuali kalau ada di kalangan pembaca blog ini yang lahir rapat dengan zaman kemerdekaan, saya rasa semua pembaca membesar dengan menonton tv). Bukannya maksud saya mengatakan pengaruh televisyen terhadap idealisasi kebahagiaan kita adalah tersongsang (seperti yang kencang dibahaskan melalui ideologi yang berunsurkan anti-kebaratan) tetapi ia sedikit-sebanyak membuatkan generasi baru ini (generasi lewat 70-an dan seterusnya) menjadi bingung dengan pengertian kasih sayang.

Kasih sayang yang dikenali oleh generasi sebelum kita jauh daripada bercorak ekspresif seperti yang kita fahami pada masa ini. Pada suatu zaman dahulu, seseorang indung menunjukkan kasih-sayangnya kepada anak-anaknya dengan cara berkerja keras, mencari pendapatan, memastikan anak-anaknya kenyang di hujung hari dan lengkap berpakaian tidak telanjang. Kasih sayang seperti pelukan, kata-kata membina, usapan manja, menghabiskan masa berkualiti bersama-sama adalah konsep baru, yang mana dahulu ianya adalah rotan (mengajar anak berdisiplin = sayang) dan nasihat-nasihat keras. Pelukan dan dukungan akan berhenti apabila seseorang anak itu sudah boleh berjalan sendiri atau apabila tiba kehadiran adik baru (atau mana satu yang terlebih dahulu).

Anak-anak pada zaman ini bingung kerana apa yang dilihat di televisyen bukan seperti yang diterima di rumah tangga. Format keluarga bahagia yang dilihat di peti televisyen menunjukkan ibu-bapa yang sering bergurau di antara satu sama lain, sering memeluk anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang, anak-anak boleh berbincang dengan ibu-bapa tentang apa sahaja masalah yang dihadapi. Perkara ini memang menjadi ekspektasi di zaman perantaraan ini apabila generasi paska 80-an menjadi remaja pada tahun-tahun 90-an hingga sekarang. Gejala ini dibuktikan dengan ledakan isu remaja pada awal 90-an sehingga pertengan dekad pertama milenia ini. Namun situasi ini dijangkakan akan semakin berkurangan apabila generasi paska 80-an, mereka ini sendiri menjadi ibu-bapa, apabila perbezaan nilai antara mereka dengan gererasi di bawah mereka menjadi semakin kecil.

Walau bagaimanapun, bukan isu ini yang menjadi permainan di fikiran pada hari ini...

Awal hari ini saya membuat keputusan untuk tidak masuk pejabat, tetapi terus ke klinik tempat saya dijangkakan mula bertugas pada bulan ini. Disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak dikenalpasti, surat pemindahan saya belum lagi keluar sehingga ke hari ini, menyebabkan saya terapung-apung tanpa kepastian dan arah tujuan (perkara ini juga menjadi punca kemurungan pada masa ini). Ada di kalangan sahabat yang cuba menceriakan keadaan, menyuruh saya mengambil kesempatan ini untuk relaks dan hadapi kehidupan yang mudah sementara peluang masih ada, tetapi saya rasa lemas apabila saya terpaksa menghadapi sehari-hari tanpa peranan yang kukuh dan pasti.

Balik ke cerita asal... setibanya di klinik saya dibawa berbincang tentang masalah salah seorang staf yang mengalami masalah rumahtangga. Dia dibelenggu oleh masalah suaminya yang kurang bertanggungjawab (penagihan dadah, dan kecurangan) malah mempunyai kecenderungan keganasan domestik.

Apa pendapat saya tentang suami yang memukul isterinya?
SEORANG PENGECUT SIAL YANG TIADA BIJI, TIDAK PANDAI MENCARI LAWAN YANG SEJAJAR DENGAN DIRINYA LALU TERPAKSA MEMUKUL ISTERI YANG TIDAK BERSALAH, DAN MASIH MAHU MENGAKU BAHAWA DIA KETUA RUMAHTANGGA...
Gaaghhh, Phhooey!! nah kau...

Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku tetapi pernah sudah berulang kali. Saya amat terkejut melihat lebam tersebunyi yang ditunjukkan, tertutup oleh baju lengan panjang. Perkara ini pernah dilaporkan menjadi kes polis tetapi dia tarik balik apabila suaminya itu kembali meminta maaf dan berjanji akan berubah. Tetapi ianya seperti satu kitaran, yang tiada penghujungnya. Sabar itu memang separuh daripada iman, tetapi setakat manakah iman itu menyekat seseorang wanita itu daripada bertindak bijak dan wajar untuk melindungi dirinya?

Dalam perbincangan kami tadi, dia menunjukkan hasrat untuk meminta penceraian dan meminta supaya dapat dibantu mencarikan khidmat guaman untuk tujuan tersebut. Dalam fikiran dan pengetahuan saya hanya ada seorang saja yang saya kenal, boleh membantu dalam hal ini (hint hint ;-D) Saya tidak mahu menjadi aktivis dalam mengadvokasikan penceraian sebagai penyelesaian terbaik untuk masalah ini (dan saya tahu peguam dalam fikiran saya juga berpendapat demikian, kan?), tetapi melihat lebam-lebam dan keadaan stres mental yang dihadapinya, ini mungkin merupakan penyelesaian terakhir untuk semua masalahnya. Dia sanggup menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, menyara dan membesarkan dua orang anaknya yang masih belum bersekolah. Dia sanggup menghadapi masyarakat sebagai seorang janda muda. Dia sanggup menghadapi stres dan kesulitan yang bakal dihadapi dalam prosedur mahkamah menentukan hak kostudi / penjagaan anak yang sememangnya menjanjikan gelora-gelora emosi yang tidak dapat dielakkan. Semuanya untuk kebaikan masa depan dirinya, dan juga anak-anaknya yang berhak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan aman daripada apa yang ada sekarang. Dan masalah terakhir, dia seorang muslimin yang tidak mempunyai hak yang sekata berbanding suaminya dalam hal-ehwal menentukan penceraian melalui Undang-undang Syariah.

Sekali lagi saya tidak mahu menjadi aktivis dalam menyatakan penceraian adalah jalan yang terbaik dan mutakhir untuknya, kerana berlandaskan ajaran agama dan pendirian moral saya sendiri, penceraian mungkin bukan pilihan utama. Namun melihat kesengsaraan yang dihadapinya, dan lebam-lebam yang dikandungnya dalam rahsia membuatkan saya berpendapat sebaliknya.

Aiseh, ni macam saya yang stress lebih-lebih nih...

1 comment:

Anonymous said...

wooohoo siok betul baca pendapat ko pasal lelaki yg mcm tuh...dayus, and sy tambah lagi..lelaki yg mcm th lebih baik mati eksiden dengan teruk...fuyooo (tpksa pergi confession lagi sia ni tambah dosa suda) but sia memang anti lelaki spesies yg mcm ni, btl2 inhuman...anyway, nukilan yg baik..