My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080309

BN gagal peroleh majoriti 2/3 di parlimen...

Bernama, Untusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 9 Mac – Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya dalam sejarah gagal menguasai dua pertiga kerusi Dewan Rakyat.

Setakat pukul 5 pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan BN hanya memenangi 137 daripada 222 kerusi Parlimen.

Hanya keputusan tiga lagi kerusi belum diketahui. BN memerlukan 148 kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, daripada jumlah itu, Pas memenangi 23 kerusi, DAP (28) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) (31).

Tiga kawasan Parlimen yang belum diisytiharkan keputusan ialah Kudat, Kota Marudu di Sabah dan Hulu Rajang di Sarawak ekoran masalah cuaca.

No comments: