My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080303

dua puluh minit... tiga kali seminggu...

Berdasarkan saranan Kementerian kesihatan Malaysia, seseorang itu perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal, contohnya bersenam atau lain-lain cara riadah untuk mengekalkan tahap kesihatan badan dan juga mental. Senaman yang dimaksudkan tidak semestinya bercorak sukan lasak, tetapi cukup untuk meningkatkan kadar degupan jantung pada aras 50% - 80% tahap maksima kadar purata mengikut umur individu. Senama ini sebaik-baiknya dijalankan tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi.

Kalau 20 minit tu, belum lagi saya siap tukar pakaian dan pasang kasut sukan...

Pada bulan November yang lalu saya telah mendaftar untuk menjadi ahli dalam kelab rekreasi dan kesukanan di salah satu hotel terkemuka di KK. Nama saja terkemuka, faham-faham saja yuran kemasukannya... RM1600 untuk tempoh 12 bulan.

Bukan alang-alang lagi mahalnya, tapi OK juga sebab kelab itu ada menyediakan fasiliti yang kelab lain tiada. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan tentu sekali gym, kolam renang, sauna kering & basah, jakuzzi, free naik basikal keliling resort, free main tennis dan... apa lagi tu... free air minum kalau haus.

Mula-mulanya tu rajin la saya konon, hampir tiap-tiap hari pergi gym, naik basikal 1/2 jam lepas tu, kemudian bertenggek di sauna 1/2 jam, terus berendam di jakuzzi 1 jam...

Tiba bulan Januari, mula sudah sibuk dengan kerja dan banyak lah alasan-alasan munasabah yang membenarkan saya skip-skip gym, akhirnya, seluruh bulan Februari saya tidak terpergi langsung...

Berkat azam baru, dan stokin baru, dan beg toiletries baru (jenama Adidas, ok!) harap-harap bulan Mac ini akan menampakkan penurunan berat badan selari dengan kadar kemerosotan ekonomi selepas beberapa kali kena hantam kenaikan minyak tahun lalu, hahhaha...

OK la... sementara semangat masih membara, bagus saya log out dan pergi bersenam... Jangan jeles kalau saya kurus OK!

No comments: