My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20090828

arteo tries to come back to blogging, but can't stop talking about h1n1.....

It's been a while since I've written anything here, and this blog has notoriously picked up the nick-name "H1N1 blog"... well, if being a Public Health officer means I will have to do a lot of public health education, why not via Patch, right? Ah, then again, that's only a lame excuse for not blogging for long, and subjecting this blog to the longest series of cut-and-paste entries.

The past few weeks have been crazy, with instant specialising in infectious disease control - thanks to the seemingly unstopable H1N1 going into Beluran. What made it more tricky was that it started from the further end of the district, of which we would think of last as a place to have an outbreak, while the busiest part of Beluran still remain silent about any clusters of infection forming in its community.

We have been fed with news and bit and pieces of information regarding the pandemic, but that seemed like something we'd see on the TV or hear on the radio. We were all afraid of it, thinking that the infection would bring much suffering, much different from the usual colds that we've had before. I suppose this could be the reason why the infection came in silent in the town, because many people who has the infection did not suffer anything more than just a sniffle of runny nose, a fever that is promptly suppressed by over the counter paracetamol and malaise... well, who would think that malaise isn't what we normally feel after a good heavy lunch anyway. So most of the people endured the H1N1 unknowingly, while waiting for something that they suppose would send people collapsing dead on the floor as it attacks.

We're still maintaining the Bilik Gerakan Wabak at the district level, and monitoring the occurence of clusters of suspected H1N1 infection by analysing the Influenza-Like Illness surveillance, and hopefully we're looking at the tail end of the outbreak... I guess there should be a treshold whereby a certain percentage of population in a community would survive the infection, build up their own immunity and collectively, the herd immunity would somehow prevent the rest of the remaining population from getting the infetcion.

I have pictures to put up, the whole experience going into an infected community, closing schools and reopening them... but patience, I'm still editing them.

By the way, below is the excerpt from the press release by our Director-General of Health on 27.08.09:

Dimaklumkan sehingga 27 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 260 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 312 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,394 pesakit ILI sedang dirawat di 94 buah hospital termasuk 5 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 259 pesakit (19%) yang disahkan positif H1N1.

Daripada 259 kes yang disahkan H1N1, 53 kes berada di ICU dimana 8 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 53 kes yang sedang dirawat di ICU, 41 (77%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (17), obesiti (14), kanak-kanak/bayi (7), post-natal/hamil (2) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

20090824

health minister confirms another death, totalling 69 to date...

Sejumlah 306 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 300 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,455 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 85 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 285 pesakit (19.6%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 285 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru sementara 2 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), obesiti (8), diabetes (7), kanak-kanak/bayi (5), penyakit respiratori kronik (2), postnatal (1) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 69 kematian. Kematian yang didaftar pada hari ini melibatkan seorang wanita berusia 38 tahun. Kes telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos 2009 bagi gejala demam dan batuk selama 2 hari, ujian rapid test mendapati positif influenza A rawatan simptomatik telah diberikan tetapi tamiflu tidak diberi. Lima (5) hari kemudian pada 18 Ogos 2009 pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana secara tiba-tiba mengalami sukar bernafas dan cyanosis. (is this failure to appreciate severity? -ed) Beliau terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan di Unit Rawatan Rapi HKL. Swab tekak telah diambil pada 18 Ogos 2009 dan rawatan tamiflu dimulakan. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2009 dengan sebab kematian adalah pneumonia with ARDS. Keputusan swab tekak mengesahkan positif bagi influenza A(H1N1) pada 20 Ogos 2009. (Another one without apparent risk factors, perhaps late detection? -ed)

20090823

press release excerpt by the dg of health, 23.08.09....

Sejumlah 306 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa sejumlah 306 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,476 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 102 buah hospital termasuk 2 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 272 pesakit (18%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 272 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru sementara 3 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (8), diabetes (7), kanak-kanak/bayi (4), penyakit respiratori kronik (2), postnatal (1) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

20090821

dg of health press statement on 21.08.09.......

New information on where to get Tamiflu supplies, but please, there's no need for prophylactic use of the antiviral, other than when prescribed by your medical practitioner.

Dimaklumkan sehingga 21 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 257 kes baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital, manakala 234 kes telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1556 kes sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 3 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 220 kes (14%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 220 kes yang disahkan H1N1, 44 kes berada di ICU di mana 12 kes merupakan kemasukan baru sementara 3 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 20 kes (45%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), hamil dan bersalin (4), bayi (4), asma (2), obesiti (2) dan kanak-kanak istimewa (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 21 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 2073 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 233,342 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 46 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,399.

Kementerian Kesihatan mengambil maklum kesukaran mendapatkan bekalan ubat antiviral pada masa kini. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan bekalan ubat antiviral dari fasiliti kesihatan swasta yang menyertai rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 20 Ogos 2009. Ianya boleh diperolehi pada harga tidak melebihi RM80.00. Bagi fasiliti kesihatan swasta yang ingin menyertai rangkaian tersebut, sila layari http://www.h1n1.net.my/ untuk maklumat lanjut.

20090819

press statement by director general of health 19.08.09.....

Dimaklumkan sehingga 19 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 1468 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di 86 buah hospital termasuk 6 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 257 telah disahkan positif H1N1. Pada masa yang sama seramai 134 kes telah di discaj.

Dari 257 kes yang disahkan H1N1, 36 kes berada di ICU dimana 7 kes merupakan kemasukan baru sementara 4 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 kes (58%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (5), penyakit kronik (4), asma (3), hamil dan bersalin (3), obesiti (2), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (2).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.

Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1). Berikut adalah saranan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan untuk membendung penularan penyakit ini :-
  1. Orang ramai yang mempunyai simptom influenza perlulah lebih bertanggungjawab untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.
  2. Mereka yang bersimptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada dirumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.
  3. Sekiranya mereka yang bersimptom tapi perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mestilah memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.
Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):
  1. Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.
  2. Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).
  3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.
Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-­88810200 dan 03-­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 19 Ogos 2009

20090814

press statement by director general of health.........

Untuk makluman, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU. Daripada 27 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4),kanak-kanak (2), hamil (1) dan post-delivery (1). Terdapat sejumlah 5 kematian yang dilaporkan.

Empat(4) daripada kes kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes ), Diabetes(1 kes) dan bayi (2 kes). Untuk makluman, 5 kematian tersebut berlaku pada 8 Ogos (1kes),11 Ogos (2 kes) dan 12 Ogos (2 kes). Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:
  1. Seorang bayi lelaki berumur 2 bulan merupakan seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia kandungan 27 minggu, dimasukkan ke hospital pada 3/8/09 kerana demam, batuk, selsema dan susah bernafas selama tiga hari. Keadaan bayi semakin teruk dan telah diventilasi. Swab tekak telah diambil dan rawatan antiviral telah diberikan pada 6/8/2009. Bayi meninggal dunia pada 12/8/2009 dan ujian Influenza A(H1N1) adalah positif. Penyebab kematian adalah pneumonia. (Extreme of age-Ed)
  2. Seorang lagi bayi berumur 2 bulan dimasukkan ke hospital pada 7/8/2009 setelah didapati berada dalam keadaan tidak memberikan tindakbalas serta pucat. Sebelum dari itu, bayi tersebut telah mula meragam dan kurang minum susu semenjak 5/8/2009 tetapi tidak mempunyai demam, batuk atau sesak nafas. Keadaan bayi adalah kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawaan Rapi. Keputusan ujian Influenza A(H1N1) didapati positif pada 8/8/2009, walaubagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada hari yang sama. Sebab Myocarditis, hepatitis and renal impairment related to H1N1. (Extreme of age - Ed)
  3. Seorang wanita berumur 49 tahun, selain dari obes, beliau mempunyai diabetes dan dikesan juga mempunyai tuberkulosis. Beliau mula mendapat demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas pada pertengahan bulan Julai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 29/7/2009 setelah tidak pulih walaupun telah mendapatkan rawatan dari klinik swasta. Beliau yang dirawat sebagai pneumonia telah di benarkan pulang pada 3/8/2009, walaubagaimanapun dimasukkan semula ke wad pada 7/8/2009 untuk rawatan tuberculosis setelah dikesan mempunyai penyakit tersebut. Beliau kemudiannya disyaki H1N1 dah telah diberi antiviral pada 8/8/2009. Keadaan pesakit bertambah teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009. Sebab kematian adalah pneumonia teruk. Walaubagaimanapun, keputusan ujian bagi Influenza A(H1N1) yang diterima pada 11/8/2009 didapati positif. (Tuberculosis, Obese and Diabetic - Ed)
  4. Seorang lelaki berumur 57 tahun dan mempunyai diabetes. Mula mendapat simptom batuk dan selesema pada 2/7/2009 tetapi tidak sembuh setelah mendapatkan rawatan. Pada 3/8/2009, sekali lagi pesakit pergi mendapatkan rawatan di klinik setelah mengalami demam, muntah dan cirit-birit dan seterusnya dirujuk dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama di mana beliau telah diberikan rawatan anti-viral. Ujian bagi influenza A (H1N1) didapati positif pada 5/8/2009 dan beliau telah meninggal dunia pada 12/8/2009 akibat sepsis disebabkan pneumonia. (Diabetic -Ed)
  5. Seorang lelaki berumur 19 tahun, dimasukkan ke wad pada 7/8/2009 setelah demam dan batuk selama dua (2) hari dan telah diberikan rawatan antiviral. Ujian bagi Influenza A(H1N1) didapati positif pada keesokan harinya. Beliau telah mendapat sesak nafas teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009 akibat pneumonia. (no risk factors noted for this chap-Ed)

Jumlah kematian telah melibatkan bilangan yang tinggi iaitu 56 kes. Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan(70%) di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40% didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13% kematian, didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan. Oleh yang demikian saya berpendapat, ada diantara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.

Kadar penularan influenza A(H1N1) di dalam komuniti adalah tinggi dan ini dapat dilihat daripada ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan. Saya meminta orang awam terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza mengambil tindakan yang berikut :

1. Mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan ke dalam komuniti. Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.

2. Di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat dirumah sehingga sembuh. Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A(H1N1). Guru besar atau Ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas. Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik. Mereka yang tidak mempunyai simptom boleh meneruskan aktiviti harian mereka di sekolah ataupun tempat kerja seperti biasa.

3. Saya menasihatkan semua ibubapa atau penjaga untuk memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.

Orang ramai terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-­88810200 dan 03-­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 14 Ogos 2009

20090812

press statement about h1n1 on 11th august............

Pada 11 Ogos 2009 sejumlah 270 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 11 Ogos 2009 adalah sebanyak 2,253 kes dengan jumlah kematian 38 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di ICU. Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1). Seramai 11 orang telah didiscaj dari hospital semalam.

Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos 2009, dilaporkan pada 10 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko samada Diabetes, Hipertensi atau Asma. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut, 4 Ogos (1), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos(3).

Merujuk kepada situasi global, sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

Source: moh.gov.my

20090811

health minister's press statement as of 10th august.....

The apparent sudden of increase in deaths is because of late confirmation on the cause of death for some cases, not that all the deaths happen on the same day. No need to panic - Ed.

Kes - Kes Baru: 203 Kes - Kes Import: 0 Kes Jangkitan Tempatan: 203 Kes Kematian: 6
Jumlah Kes di Malaysia: 1,983 dengan jumlah kematian 32 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di ICU. Daripada 15 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 6 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (3), obesiti (1), post -delivery (1) dan bayi (1).

Untuk makluman, 6 kematian yang dimaksudkan hanya satu (1) kematian yang berlaku pada 9 Ogos 2009, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos 2009, dilaporkan pada 9 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut 5 Ogos (2), 8 Ogos (3) dan 9 Ogos(1).

Sehingga 10 Ogos 2009, sejumlah 208,155 kes dengan 1,688 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 1066 kes dengan 100 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

Pada 10 Ogos 2009 sejumlah 203 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 10 Ogos 2009 adalah sebanyak 1983 kes dengan jumlah kematian 32 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di ICU. Daripada 15 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 6 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (3), obesiti (1), post -delivery (1) dan bayi (1).

Untuk makluman, 6 kematian yang dimaksudkan hanya satu (1) kematian yang berlaku pada 9 Ogos 2009, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos 2009, dilaporkan pada 9 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut 5 Ogos (2), 8 Ogos (3) dan 9 Ogos(1).

Merujuk kepada situasi global, sehingga 10 Ogos 2009, sejumlah 208,155 kes dengan 1,688 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 1066 kes dengan 100 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

20090807

love in the time of pandemic influenza........

A photo taken by JC. You may (or may not) remember I once blogged about him. Read the previous entry here. Now here's the good news, I've finally met up with JC and it was really an encounter full of emotional mix and match. Anyway, I will write a more complete account of the meet up once I get a breather from all this H1N1 madness.

Go read the previous entry lah for preview....

on a lighter side of the pandemic 2..........

Siapa la yang pandai-pandai cipta mask N95 yang teramat lah bidanya ni... memang ada kurang sikit logic, think about it, who would take you seriously when you're giving important health education while looking like Donald Duck?

And luckily no matter what I do, I still look good in it, haha... this is what you're supposed to look like when you put on the mask... I'm not kidding, this is a picture shown on the box.

Jeng... jeng... jeng...

Si Donald Duck pun terasa insulted oh tinguk ni gambar, haha....

yet another one today...... 14 now....

PUTRAJAYA, Aug 6 – Another death related to Influenza A (H1N1), that of a 57-year old male pensioner at the Putrajaya Hospital yeterday, has raised the number of deaths caused by the pandemic to 14 since this morning.

Director-General of Health Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said the victim who had diabetes and hypertension was admitted to the hospital’s intensive care unit (ICU) with symptoms of fever, cough and difficulty in breathing.

“He was confirmed having the virus yesterday. He died yesterday of acute pulmonary oedema secondary to H1N1,” he told reporters here today.

Dr Mohd Ismail again stressed that people facing high risks, like pregnant women, those with lung disease, obesity, diabetes, asthma, low immunity, heart disease and breathing difficulty, must seek immediate treatment at the nearest clinic or hospital.

The treatment for Influenza A (H1N1) is very effective if treatment is started within 48 hours of the onset of symptoms, he stressed.

He said for those who have normal influenza symptoms and are not in the high risk groups, they are advised to not panic and rush to get themselves tested.

He said this was because many H1N1 cases in Malaysia, and throughout the rest of the world, would show light symptoms and 98 per cent would recover even without specific medicine.

“Patients with light symptoms are asked to rest and, God Willing, will recover in three or four days. After recovering they will have the anti-body, so it is not necessary for all cases with light symptoms to undergo H1N1 testing,” he said.

Dr Mohd Ismail said H1N1 testing would only be done for cases admitted to ward and those with high risk.

He said this was because the Institute of Medical Research (IMR), which is responsible for H1N1 testing, is being swamped with 500 tests a day and that 80-90 per cent were negative.

“So this burdens the IMR and is wasteful as the test cost is high,” he said.

Dr Mohd Ismail said for the people’s convenience beginning tomorrow all government hospitals and clinics that have a medical officer will be supplied with the antiviral drug tamiflu while private hospitals and clinics can buy it from local suppliers.

He reminded medical practioners not to give the medicine lightly and they should follow the guidelines set while pharmacists were not allowed to sell the drug without a prescription.

The use of tamiflu for prophylaxsis (prevention and protection from disease) treatment will not be effective and it is a waste, whereas there might be side effects, besides building immunity to tamiflu as happened in the United States, Hong Kong, Mexico, Japan, Denmark and Canada, and can be dangerous if a person really has H1N1 and the medicine will not be effective,” he said.

Dr Mohd Ismail also said the health personnel whether in public or private service needed to take preventive steps and give serious attention to prevent getting the disease.

Up till this morning, Dr Mohd Ismail said, there were 16 new H1N1 cases and they were all locally transmitted cases involving Malaysians where five cases were from two new clusters and 11 were sporadic or isolated cases.

He said of the 16 new cases nine were treated in the ward while the rest were given out-patient treatment.

“The total number of H1N1 cases in the country till this morning is 1,492 cases with 574 or 38 per cent being imported cases and the balance 62 per cent were locally transmitted cases.

“Of this total 1,421 patients had recovered while the number of patients in the ICU was 11 and 43 pateints were receiving antiviral treatment in the isolation ward,” he said.

Asked about the H1N1 death registered in the Sepang Immigration detention depot, Dr Mohd Ismail said he was waiting for a report and a team would be sent to investigate the matter.

On the global situation, he said there were 199,146 cases with 1,446 deaths reported in 171 countries, that is a rise of 5,460 with 85 deaths compared to yesterday.– Bernama

20090806

pahang's first h1n1 death takes national toll to 13...

Hopefully this is the lucky thirteen, no more after this...

KUALA LUMUR, Aug 5 —A six-year-old boy died of Influenza A(H1N1) in Pahang today, the first death from the disease in the state, and the nation's 13th.

Mohd Hyafiq (rpt) Hyafiq Aiman Mohd Saiful Afendi died at the Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Hospital here at 12.40pm after suffering from pneumonia.

The boy's mother, identified only as Tia, said her son was admitted to the hospital on Aug 1 after he developed fever and complained of stomach ache.

She said her only child, a pupil of the Unity Kindergarten in Taman Bukit Setongkol, was buried at the Bukit Ubi cemetery this evening. She also claimed that she was not allowed to see her son while he was under quarantine at the hospital and was informed this afternoon that he had died.

Pahang Local Government, Environment and Health Committee chairman Datuk Hoh Khai Mun, when contacted by Bernama, confirmed the death but declined to elaborate.

Earlier, Health Ministry director-general Tan Sri Ismail Merican reported three patients, aged three, 12 and 20 respectively, had died at the Malacca Hospital on Aug 3, .

A six-year-old boy who died at the Batu Pahat Hospital at 2.30am on Wednesday was the second H1N1 death in Johor.

Overall, there were 16 new cases of A(H1N1) infection recorded over the past 24 hours, bringing the cumulative total in Malaysia to 1,476, Ismail said in a statement. – Bernama

20090805

9th, 10th, 11th and 12th death toll of a(h1n1)............

PETALING JAYA: The Influenza A(H1N1) virus claimed four more lives, bringing the total number of fatalities in Malaysia to 12.

Three patients were a three years old, a 12 years old and a 20 years old who all died at the Malacca Hospital on Aug 3rd, Health Ministry director-general Tan Sri Ismail Merican said on Wednesday. The fourth was a six-year-old boy who died at 2.30am Wednesday at the Batu Pahat Hospital, the second of such deaths in Johore.

Overall, there were 16 new cases of A(H1N1) infection recorded over the past 24 hours, bringing the accumulated total in Malaysia to 1,476 since the outbreak, Ismail said in a statement from Putrajaya.

He said the three-year-old girl died from severe pneumonia at 4.30pm on Aug 3rd after having been confirmed to being infected with A(H1N1) at 6:19pm the previous day. The girl, who had a history of chronic respiratory tract infection, was warded in Malacca Hospital on July 31 after developing flu and cough symptoms on July 25th. Prior to that, she had received early treatment at private clinics before being admitted to a private hospital on July 30th and later referred to Malacca Hospital.

Dr Ismail said the 12-year-old boy died from severe pneumonia at 2pm on Monday and was confirmed to have been infected with A(H1N1) at 5.50pm on Tuesday. He said the boy, who suffered from chronic kidney failure and underwent dialysis treatment, was admitted to the hospital on Monday with a fever, cough and breathing difficulties since Aug 1st.

The 11th case involved a 20-year-old man with chronic asthma who was admitted to Malacca Hospital on Aug 2nd after having fever, cough and breathing difficulties since July 31st , Dr Ismail said. He was admitted to the intensive care unit and confirmed to have had severe pneumonia, he said, adding that the victim died at 2.30am on Monday and confirmed to have had A(H1N1) at 5.50pm on Tuesday.

Dr Ismail said the 16 new cases involved 10 from three new clusters and six sporadic cases. Of the 16 new cases, two are still being treated in the wards, 11 are receiving outpatient treatment and three have died, he said.

In JOHOR BARU, Johor Health department director Dr Mohd Khairi Yaakub said that the six-year-old boy, who was also suffering from pneumonia, died at about 2.30am on Wednesday. He was first admitted to a private hospital in Batu Pahat on July 26th, and was later admitted to the Batu Pahat Hospital on July 30th. He tested positive for the flu on July 31st, he said.

Dr Mohd Khairi said that Health Department personnel would monitor the conditions of the boy's parents and other family members. We will treat them if they show any symptoms consistent with the flu, he said.

In BANDAR SERI BEGAWAN, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said his ministry was worried that the increasing haze throughout the country will worsen the spread of the A(H1N1) influenza. The rising air pollution has resulted in an increase of respiratory ailments, a situation which will cause the sufferers to be more vulnerable to a fatal A(H1N1) virus attack, he said.

On Tuesday, the air quality in five areas reached unhealthy levels as the number of hot spots in Sumatra and Kalimantan increased drastically. The haze has complicated an already difficult situation, Liow said.

The A(H1N1) virus attacks the lung cells directly. It then causes serious pneumonia. Those with respiratory ailments have weaker immune systems and the attack can be more serious. Those with more serious respiratory ailments like asthma will have higher risks of getting a fatal A(H1N1) attack, he told a press conference.

Liow was here in Brunei with six other Cabinet ministers to accompany Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak during the latters annual consultative meeting with Sultan Hassanal Bolkiah.

Liow also warned those with even a mild case of flu to immediately isolate themselves from their family and the general public to curb the flu.

a(h1n1): three more deaths, total at 11........

PETALING JAYA: The Influenza A(H1N1) virus claimed three more lives, bringing the total number of fatalities in Malaysia to 11.

The three patients were a three-year-old, a 12-year-old and a 20-year old who all died at the Malacca Hospital on Aug 3, Health Ministry director-general Tan Sri Ismail Merican said on Wednesday.

There were 16 new cases of A(H1N1) infection recorded over the past 24 hours, bringing the accumulated total in Malaysia to 1,476 since the outbreak.

a little on the lighter side of the pandemic........

This blog has gotten a tad morbid with the daily reporting of H1N1 situation and deaths... just to balance things up a little.......
This little piggy went to market,
This little piggy stayed at home,
This little piggy had roast beef,
This little piggy had none.
And this little piggy had influenza A virus subtype hemagglutinin protein-1 neuraminidase protein-1

Swine flu is getting serious, it has been reported to be a hamdemic, which may lead to an aporkolypse... but we'll get through. Where there's a swill there's a way...

new consensus on pandemic (h1n1) management.......

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik (H1N1) 2009 Bil. 2/2009 pada 4Ogos2009
  1. Mereka yang sakit perlu mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Jika perkara ini tidak dipatuhi mereka boleh menjadi sumber jangkitan kepada orang awam. Mereka yang mepunyai gejala jangkitan influenza-like illness (ILI) perlu berehat dirumah dan memakai topeng muka apabila perlu berdekatan dengan orang lain bagi mengelak penularan jangkitan serta perlu memantau tanda-tanda keterukan atau komplikasi akibat dari jangkitan ILI supaya rawatan cepat diperolehi.
  2. Pihak negeri diminta untuk mengaktifkan aktiviti pencegahan dan kawalan seperti yang telah diarahkan. Ini termasuk mengaktifkan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Mengenai Pandemik (H1N1) 2009 di peringkat Negeri dan Daerah. Ini untuk membolehkan semua aktiviti kesedaran dilaksanakan dengan lebih berkesan dipelbagai peringkat atau agensi.
  3. Semua kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta mempunyai faktor risiko (mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golongan imuniti rendah), akan diberi rawatan antiviral influenza serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H1N1). Ini adalah untuk kes-kes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset.
  4. Majlis Keselamatan Negara akan mengeluarkan garis panduan mengenai penutupan sekolah/institusi akibat dari penularan jangkitan influenza A(H1N1). Pengarah Kesihatan Negeri akan mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri untuk menutup sekolah/institusi dan seterusnya Pengarah Pelajaran Negeri akan mengeluarkan surat arahan tersebut.
  5. Kementerian Pelajaran diminta untuk membuat saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas dimulakan. Sekiranya pelajar didapati kurang sihat mereka ini perlu diasing dan dinasihatkan berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan.
  6. Kementerian Kesihatan diminta meningkatkan ’stockpile’ antiviral dari 10% kepada 20% dari jumlah penduduk Malaysia. Permohonan peruntukan akan diminta dari Kementerian Kewangan.
  7. Ujian influenza A(H1N1) kepada semua jangkitan ILI tidak perlu memandangkan buat masa ini 95% jangkitan ILI ini disebabkan oleh influenza A(H1N1). Ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital. Ujian ’rapid test’ influenza A(H1N1) adalah tidak digalakkan.
  8. Garispanduan kumpulan keutamaan untuk mendapat rawatan anti-viral perlu dibuat oleh Kementerian Kesihatan supaya mereka ini mendapat rawatan yang sewajarnya.
  9. Jawatankuasa Khas Kempen Media yang dianggotai oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan akan diwujudkan untuk merancang dan memastikan kempen ini dilaksanakan dengan berkesan termasuk keperluan peruntukan khas untuk menjalankan kempen ini.
  10. Kementerian Kesihatan diminta untuk meningkatkan kemudahan fasiliti perubatannya termasuk kemudahan rawatan intensif, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pertambahan pesakit yang memerlukan rawatan perubatan

situasi terkini wabak a(h1n1) dan kematian ke-8........

Pada 4 Ogos 2009 sejumlah 14 kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 14 kes yang dilaporkan hari ini, 13 merupakan kejadian dari 3 kluster baru dan 1 kes sporadik atau terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 4 Ogos 2009 jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,460 kes dengan jumlah kematian 8 orang. Daripada 1,460 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (39.4%) merupakan kes import dan 886 (60.6%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,410 kes (96.5%) telah sembuh, hanya 27 kes atau 1.8% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 10 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Dua puluh tiga (23) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2).

Bagi 14 kes tersebut, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 13 orang menerima rawatan pesakit luar.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 4 Ogos 2009, sejumlah 189,155 kes dengan 1319 kematian telah dilaporkan daripada 168 negara. Peningkatan sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Negara baru adalah Pakistan yang telah melaporkan kes pertama.

sumber: moh.gov.my

20090803

kematian ke-7 wabak selsema a(h1n1).........

Kes kematian ketujuh adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang telah disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi pada paru­-paru beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai 2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009. Sejarah asalnya, pesakit ini telah bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009.

Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 23 Julai 2009. Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula sejak 4 hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A(H1N1). Akibat komplikasi jangkitan yang teruk pada paru­-paru, pesakit telah berada di Unit Rawatan Rapi hospital sehinggalah kematiannya pada jam 4.00 pagi, 3 Ogos 2009. Penyebab kematian direkodkan sebagai pneumonia due to influenza A(H1N1) infection.

kematian ke-6 wabak selsema a(h1n1).........

Kes adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.

20090802

fifth death by influenza a(h1n1)............

The key-word here is SOB (Shortness of Breath lah!). JKNS has ordered ALL individuals presenting with influenza-like illness that also complains of SOB to be monitored closely or if necessary, admitted. History of SOB has to be obtained specifically.

KUALA LUMPUR, Aug 2 — The post-mortem report of a 10-year-old who died in Perak on Friday showed that she was influenza A(H1N1) positive.

Director-general of Health Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said tests on phlegm taken from the girl by the Institute of Medical Research (IMR) showed that the girl from Bagan Serai, Perak had the H1N1 virus.

"The latest case brings the number of deaths due to influenza A (H1N1) to five. According to information received, the girl was ill since July 27 but she did not suffer from any breathing problems when she received outpatient treatment at a private clinic," he said in a statement last night.

Dr Mohd Ismail said on the night of July 28, the girl had complained of breathing difficulties and received treatment at a Bagan Serai health clinic the next day (July 29) and while receiving treatment, she was in stable condition and did not complain of breathing difficulties or cyanosis and was given outpatient treatment including antibiotics and cough medicine.

However, on Friday morning at 3am, she complained of breathing difficulties, fever and cough before arriving at the Bagan Serai health clinic for treatment but while receiving treatment, she passed out and was pronounced dead at 5.30am while the post-mortem done at the Alor Star Hospital revealed that she died of severe pneumonic changes.

He added the girl's parents had also undergone tests and cleared of any disease while her five other siblings had slight breathing difficulties but were in stable condition.

Dr Mohd Ismail said initial investigations revealed that there were no reports of influenza-like illness (ILI) in the area, including the school where the girl was from but the district Health Department had been asked to monitor the situation closely. — Bernama