My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20090812

press statement about h1n1 on 11th august............

Pada 11 Ogos 2009 sejumlah 270 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 11 Ogos 2009 adalah sebanyak 2,253 kes dengan jumlah kematian 38 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di ICU. Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1). Seramai 11 orang telah didiscaj dari hospital semalam.

Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos 2009, dilaporkan pada 10 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko samada Diabetes, Hipertensi atau Asma. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut, 4 Ogos (1), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos(3).

Merujuk kepada situasi global, sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

Source: moh.gov.my

No comments: