My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20090824

health minister confirms another death, totalling 69 to date...

Sejumlah 306 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 300 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,455 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 85 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 285 pesakit (19.6%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 285 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru sementara 2 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), obesiti (8), diabetes (7), kanak-kanak/bayi (5), penyakit respiratori kronik (2), postnatal (1) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 69 kematian. Kematian yang didaftar pada hari ini melibatkan seorang wanita berusia 38 tahun. Kes telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos 2009 bagi gejala demam dan batuk selama 2 hari, ujian rapid test mendapati positif influenza A rawatan simptomatik telah diberikan tetapi tamiflu tidak diberi. Lima (5) hari kemudian pada 18 Ogos 2009 pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana secara tiba-tiba mengalami sukar bernafas dan cyanosis. (is this failure to appreciate severity? -ed) Beliau terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan di Unit Rawatan Rapi HKL. Swab tekak telah diambil pada 18 Ogos 2009 dan rawatan tamiflu dimulakan. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2009 dengan sebab kematian adalah pneumonia with ARDS. Keputusan swab tekak mengesahkan positif bagi influenza A(H1N1) pada 20 Ogos 2009. (Another one without apparent risk factors, perhaps late detection? -ed)

No comments: