My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20090805

situasi terkini wabak a(h1n1) dan kematian ke-8........

Pada 4 Ogos 2009 sejumlah 14 kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 14 kes yang dilaporkan hari ini, 13 merupakan kejadian dari 3 kluster baru dan 1 kes sporadik atau terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 4 Ogos 2009 jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,460 kes dengan jumlah kematian 8 orang. Daripada 1,460 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (39.4%) merupakan kes import dan 886 (60.6%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,410 kes (96.5%) telah sembuh, hanya 27 kes atau 1.8% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 10 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Dua puluh tiga (23) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2).

Bagi 14 kes tersebut, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 13 orang menerima rawatan pesakit luar.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 4 Ogos 2009, sejumlah 189,155 kes dengan 1319 kematian telah dilaporkan daripada 168 negara. Peningkatan sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Negara baru adalah Pakistan yang telah melaporkan kes pertama.

sumber: moh.gov.my

No comments: