My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20090805

new consensus on pandemic (h1n1) management.......

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik (H1N1) 2009 Bil. 2/2009 pada 4Ogos2009
  1. Mereka yang sakit perlu mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Jika perkara ini tidak dipatuhi mereka boleh menjadi sumber jangkitan kepada orang awam. Mereka yang mepunyai gejala jangkitan influenza-like illness (ILI) perlu berehat dirumah dan memakai topeng muka apabila perlu berdekatan dengan orang lain bagi mengelak penularan jangkitan serta perlu memantau tanda-tanda keterukan atau komplikasi akibat dari jangkitan ILI supaya rawatan cepat diperolehi.
  2. Pihak negeri diminta untuk mengaktifkan aktiviti pencegahan dan kawalan seperti yang telah diarahkan. Ini termasuk mengaktifkan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Mengenai Pandemik (H1N1) 2009 di peringkat Negeri dan Daerah. Ini untuk membolehkan semua aktiviti kesedaran dilaksanakan dengan lebih berkesan dipelbagai peringkat atau agensi.
  3. Semua kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta mempunyai faktor risiko (mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golongan imuniti rendah), akan diberi rawatan antiviral influenza serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H1N1). Ini adalah untuk kes-kes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset.
  4. Majlis Keselamatan Negara akan mengeluarkan garis panduan mengenai penutupan sekolah/institusi akibat dari penularan jangkitan influenza A(H1N1). Pengarah Kesihatan Negeri akan mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri untuk menutup sekolah/institusi dan seterusnya Pengarah Pelajaran Negeri akan mengeluarkan surat arahan tersebut.
  5. Kementerian Pelajaran diminta untuk membuat saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas dimulakan. Sekiranya pelajar didapati kurang sihat mereka ini perlu diasing dan dinasihatkan berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan.
  6. Kementerian Kesihatan diminta meningkatkan ’stockpile’ antiviral dari 10% kepada 20% dari jumlah penduduk Malaysia. Permohonan peruntukan akan diminta dari Kementerian Kewangan.
  7. Ujian influenza A(H1N1) kepada semua jangkitan ILI tidak perlu memandangkan buat masa ini 95% jangkitan ILI ini disebabkan oleh influenza A(H1N1). Ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital. Ujian ’rapid test’ influenza A(H1N1) adalah tidak digalakkan.
  8. Garispanduan kumpulan keutamaan untuk mendapat rawatan anti-viral perlu dibuat oleh Kementerian Kesihatan supaya mereka ini mendapat rawatan yang sewajarnya.
  9. Jawatankuasa Khas Kempen Media yang dianggotai oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan akan diwujudkan untuk merancang dan memastikan kempen ini dilaksanakan dengan berkesan termasuk keperluan peruntukan khas untuk menjalankan kempen ini.
  10. Kementerian Kesihatan diminta untuk meningkatkan kemudahan fasiliti perubatannya termasuk kemudahan rawatan intensif, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pertambahan pesakit yang memerlukan rawatan perubatan

No comments: