My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20090318

i think i can't think anymore...

...but isn't that thinking too?

I am so overwhelmed by work, and as a matter of fact, when am I not overwhelmed by work, sheesh...

Things on my mind right now
  1. The PTK exam next week
  2. Mesyuarat Ketua Unit tmrw
  3. Mesyuarat Keutuhan bersama Hospital Beluran tmrw
  4. Mesyuarat Keutuhan with Hosp Pitas to be planned
  5. The boat accident investigation
  6. Pertandingan Kaunter
  7. TB death meeting to be held next week
  8. The neverending dengue outbreak in Keniogan
  9. The 9 new nurses and their placement
  10. Speaker from Beluran ADUN coming this afternoon
  11. Termite control taking up to about RM100,000
  12. How to go back to KK this weekend......
  13. etc etc etc
and much much much more issues but I'd better go and settle them soon...

20090310

situasi by bunkface........

Currently the chorus of this song has been driving me nuts, playing in my mind like a haunting children tv theme song... only more cool.

taken from http://www.the-wknd.com
Loud, crazy and addictively melodious, Bunkface is a group of talented kids who, besides making excellent pop punk music, sets out to have all the fun that they can possibly have while they are at it.

Being one of the many bands who participated in Blast Off, they are nothing short of an entertaining band to watch live as they rock out on stage. Fast paced, loud distorted guitars, thumping beats, great vocal melodies and awesome showmanship, their music will have you reminded of the likes of Sum 41, Greenday and Blink 182, among others, and have you singing along to their catchy tunes before you know it.

SITUASI - BUNKFACE



Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

tak boleh jadi nih.......

Okay, saya mengaku kalah lah, penguasaan Bahasa Malaysia saya semakin pudar mengikut peningkatan umur, mungkin juga berkarat akibat kurang penggunaan untuk hal jiwang-jiwang, saya rasa saya hanya mampu menulis surat rasmi kerajaan sahaja. Perlahan-lahan saya akan cuba lagi, but as for now, I'll stick to what I know better - as it were, PATCH has suffered a few days of draught period because I couldn't bring myself to put up a decent entry in BM without resorting to uploading song lyrics and poetry by other people.

20090307

tragedi di muara sungai........

Minggu yang lalu merupakan suatu masa yang agak mencabar bagi saya. Bermula dengan outstasi ke Keningau untuk menghadiri Mesyuarat Teknikal Kawalan Penyakit Berjangkit, diikuti dengan kursus HSR atau Kursus Penyelidikan Sistem Kesihatan (Health System Research) di mana para peserta kursus dari semua daerah dimestikan memilih salah satu masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di daerah masing-masing untuk diselesaikan secara teknik penyelidikan.

Namun isu yang paling mencabar bukan timbul daripada kursus ini. Jika anda ada terbaca dalam akhbar Sabah Times pada 5 Mac yang lalu, anda mungkin ternampak berita tentang kematian seorang remaja akibat daripada kemalangan bot di perairan Tetabuan di daerah Beluran pada hari sebelumnya.

Remaja tersebut, seorang lelaki berumur 19 tahun, pada masa itu sedang mengikuti pakciknya turun ke laut untuk menangkap ikan. Malang tidak berbau, sampan berenjin kuasa kecil (dipanggil jongkong oleh penduduk tempatan) yang digunakannya bertembung dengan bot berkuasa besar milik Pejabat Kesihatan yang pada masa itu sedang dalam perjalanan ke Pulau Keniogan untuk menjalankan aktiviti kawalan wabak denggi yang sedang melanda pulau tersebut. Remaja terbabit dibawa dengan serta merta ke Hospital Beluran tetapi tidak berjaya diselamatkan akibat pendarahan di kepala yang serius.

Pada mulanya, saya terpaksa mengendalikan kes ini melalui telefon, tetapi keadaan menjadi rumit menjelang hari kedua apabila keluarga si mati datang ke pejabat untuk menuntut pampasan. Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan, dan kakitangan yang terbabit terpaksa diberi penempatan baru dalam masa 24 jam.

Buat masa ini, kes ini dirasakan tenang buat seketika, diharapkan ketenangan ini berlanjutan.

bulan berbahasa malaysia lagi........

Jika anda ingat, bulan Mac yang lalu pada tahun 2008, saya telah membuat (hampir kesemua) kandungan blog saya dalam Bahasa Malaysia. Kini tiba masanya lagi untuk mengasah kosakata BM yang sudah lama saya simpan sejak SPM tahun 1996 dahulu. Jika dilihat pada kemasukan tahun lalu, saya hanya mampu bertahan 22 hari, dan selebihnya saya ubah semula kepada artikel dalam bahasa Inggeris, saya hendak lihat jika saya dapat lebih lama pada tahun ini.

Tapi, sudah 7 hari sya teda mengemblogging, buyuk ka ini namanya?

Ah, biarlah.......