My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20090821

dg of health press statement on 21.08.09.......

New information on where to get Tamiflu supplies, but please, there's no need for prophylactic use of the antiviral, other than when prescribed by your medical practitioner.

Dimaklumkan sehingga 21 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 257 kes baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital, manakala 234 kes telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1556 kes sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 3 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 220 kes (14%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 220 kes yang disahkan H1N1, 44 kes berada di ICU di mana 12 kes merupakan kemasukan baru sementara 3 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 20 kes (45%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), hamil dan bersalin (4), bayi (4), asma (2), obesiti (2) dan kanak-kanak istimewa (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 21 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 2073 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 233,342 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 46 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,399.

Kementerian Kesihatan mengambil maklum kesukaran mendapatkan bekalan ubat antiviral pada masa kini. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan bekalan ubat antiviral dari fasiliti kesihatan swasta yang menyertai rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 20 Ogos 2009. Ianya boleh diperolehi pada harga tidak melebihi RM80.00. Bagi fasiliti kesihatan swasta yang ingin menyertai rangkaian tersebut, sila layari http://www.h1n1.net.my/ untuk maklumat lanjut.

1 comment:

Unknown said...

dude, just to say that when u go the website and search for local private clinics in sabah participating in the scheme, you don't get any results...