My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20090803

kematian ke-7 wabak selsema a(h1n1).........

Kes kematian ketujuh adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang telah disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi pada paru­-paru beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai 2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009. Sejarah asalnya, pesakit ini telah bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009.

Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 23 Julai 2009. Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula sejak 4 hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A(H1N1). Akibat komplikasi jangkitan yang teruk pada paru­-paru, pesakit telah berada di Unit Rawatan Rapi hospital sehinggalah kematiannya pada jam 4.00 pagi, 3 Ogos 2009. Penyebab kematian direkodkan sebagai pneumonia due to influenza A(H1N1) infection.

No comments: