My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080316

refleksi hujung minggu......

Sekali lagi tiba masanya untuk membuat refleksi terhadap minggu yang sudah... Kalau saya dapat memberi markah kepuasan saya terhadap minggu yang sudah, saya mungkin hanya akan beri 4 daripada 10 point.

Sepanjang minggu lalu saya tidak dapat memberi penumpuan yang sesungguhnya terhadap kerja di pejabat. Saya selalu kata yang saya sekarang lugai-lugai menghadapi kerja, dan memang benar, kehadiran saya atau ketiadaan saya di pejabat tidak memberi sebarang kesan langsung (salah satu sebab mengapa peningkatan dalam pertambahan isi blog baru-baru ini). Apa yang berlaku adalah, ekoran daripada cadangan pemindahan saya ke klinik, saya telah menerima notis pemberitahuan yang berkuatkuasa 1 Mac yang lalu, bahawa saya akan mula bertugas di Klinik. Namun begitu, surat arahan perpindahan yang rasmi belum diserahkan lagi. Di pejabat kini saya kehilangan kuasa untuk menandatangan surat menyurat ataupun memanggil untuk mesyuarat. Saya juga secara tidak langsung, tidak lagi terlibat dalam perancangan aktiviti-aktiviti Jabatan yang akan datang. Saya masih berada di pejabat untuk menyelesaikan program-program yang terdahulu saya rancang, menjawab panggilan Bos semasa dia tiada, dan memeriksa serta membuat verifikasi data-data penyakit dalam negeri.

Perasaan terapung-apung tanpa hala tuju ini sebenarnya membuatkan saya rasa depres sekali. Saya rasa seperti saya tidak mencapai potensi penuh "kebergunaan" saya dalam kerja ini. Dalam Hirarki Maslow ada menyatakan bahawa seseorang itu memerlukan rasa yakin diri terhadap fungsi dirinya di dalam masyarakat, dan saya tidak rasa bahawa saya berguna di dalam masyarakat pada ketika ini. Untuk diri saya, rasa harga diri itu berkaitan rapat dengan fungsi saya di dalam sesuatu insitusi dan masyarakat... Harap-harap perkara ini akan berakhir dengan cepat, tidak tahan sudah nih...

Situasi ini, walau bagaimanapun, telah memberi beberapa manfaat kepada saya dengan mewujudkan peluang untuk membuat beberapa perkara yang memang ingin saya lakukan selama ini, tetapi tidak dapat kerana terlalu sibuk dengan kerja. Salah satunya adalah menyuap-nyuap hobi saya dalam fotografi. Pada hari Selasa lalu, saya telah "menculik" Ewann ke Bukit Bendera untuk mengambil gambar pemandangan Kota Kinabalu. Memang sudah menjadi hasrat saya untuk ke atas sana dan mencuba lensa-lensa panjang yang saya ada.

Pada hari Khamis pula saya ikut Bobby dan Gidong ke Tuaran untuk belajar mengambil gambar potret. Nasib baik 2 kawan saya ni CamWhore tahap dewa juga, tidak susah untuk suruh-suruh memperagakan pose pose, malah memang natural untuk mereka menggayakan diri depan kamera. Kalau ada anugerah CamWhores boleh kasi diorang la tu...

Malam Jumaat ikut geng Acis, Bern, Jack dan Sumpit pergi minum-minum. Sebenarnya diorang ni yang mau pergi test suara di karaoke dan memandangkan suara mereka sudah tahap dewa semua, saya pendam saja lalakan saya untuk masa yang lain (paling tidak pun ajak Ewann pergi melalak lagi di sebalik dinding dan pintu...)

Hari ini sepatutnya saya ada ajakan untuk pergi mengambil gambar-gambar Miss Sabah di Pan Pac. Punyalah gembira saya dapat ajakan itu, sampai saya mencas bateri kamera semalaman supaya cukup power. Awal-awal lagi saya bersiap, mau pergi mengambil gambar-gambar sumandak. Malangnya dalam perjalanan saya ke PanPac tiba-tiba ada panggilan lagi menyatakan bahawa kemasukan fotografer hanya untuk Press sahaja... setelah melayan kekecewaan tahap dewa saya pun pulang... Kecundang fasa pertama baru nih...

On the way pulang, kena jemput lagi oleh Bobby pergi beach jumpa KK Bloggers, saya pun gembira lah ada chance untuk menmperkembangkan network saya... sampai sana, buat hal pula si kawan satu tidak mahu pergi jumpa KK Bloggers... so tukar plan lagi dan bergambar-gambar di Lok Kawi. Itu kecundang fasa kedua... Tapi sesi bergambar di Lok Kawi berjalan lancar, dapat gambar-gambar yang santik juga lah...

Habis tu, waktu lewat petang kami sambung main badminton di Stadium Likas. Bagus juga dapat keluarkan peluh, tapi bergetar juga la... Maksud saya bergetar juga tu tanah pasal saya jatuh melabuk macam nangka masak akibat accident sendiri dan tiada warm up sebelum main.

2-3 hari dari sekarang gerenti kaki saya membengkak dan sakit.

Minggu depan diharap boleh menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan saya... paling tidak pun peluang untuk mengambil gambar panorama.

No comments: