My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080331

maybe i'll just watch from afar...

Yang dicari telah dijumpai... lalu dikejar... tanpa menyedari berguguran segala yang kujinjing selama ini... dan apabila tiada lagi yang dijinjing, maka mula lah aku kehilangan diriku...

Aku tidak pasti, apa yang dipersoalkan kini... pertanyaan tidak bertanda soal, dibalas dengan jawapan tidak bernoktah... Begitu agaknya cara seorang mabuk cuba berdiri... dan bergerak ke depan...

Tepuk dada, tanya selera... tepukan ini hanya menderumkan bunyi kekosongan... di mana kah hatiku kini?

Denganmu, aku pasti...

Aku tahu aku penerimaan tidak diberi dalam ukur cupak. Penerimaan tidak diganjar kepada orang-orang kebanyakan. Penerimaan harus ikhlas... harus datang dari kepercayaan... dan harus lusuh dicubai masa.

Pengharapanku terlalu berat, terlalu berat walau untuk diriku, dan bukan tugas mu untuk menjaja beban ini... Biarlah dengan ketiadaanku mengurangkan jerut di lehermu. Hiduplah dengan tenang kerana aku sanggup hidup dalam selindung.

Gugurkanlah cebisan seyum mu di perjalanan, dan biar aku jamah cebisan senyum mu buat bekalan untuk terus mara. Selagi itu, aku akan terus menepuk dadaku... walaupun aku tahu manakah ia...

Aku hanya mampu melihat dari jauh... and still care so much for you.

No comments: