My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080315

kenali diri melalui warna....

Sepanjang minggu ini saya asyik memikirkan falsafah ini yang menyatakan "jika seseorang itu berjaya mengenali dirinya sendiri, maka dia tidak akan berasa sunyi (keseorangan) lagi"... satu falsafah yang berat, tetapi telah pun saya jadikan motto hidup melalui kata-kata Latin vincit, qui se vincit yang bermaksud, sesaiapa yang berjaya menakluki dirinya sendiri adalah penakluk yang berkuasa sekali (lebih kurang begitu lah, dalam Inggeris "he who conquers himself, conquers").

Walaupun rabun warna (sebab utama blog ini monokrom hitam putih) saya telah membuat satu kuiz kenali diri yang amat mudah, dengan hanya membuat beberapa pilihan warna-warna secara rawak, satu set keputusan yang panjang lebah dapat dijana untuk menjelaskan keperibadian saya...

**************************************************************************

Cuba lihat jika ARTEo yang anda kenali adalah seperti di bawah:

Situasi Semasa
Bertindak secara teratur, tatacara tetap dan penuh penguasaan diri (ngam sekali). Memerlukan seseorang yang boleh menunjukkan sifat memahami diri saya dan memberi penerimaan simpatetik terhadap diri saya (dalam bahasa Inggeris: needing approval bah ni).

Sumber Stres
Menindas sifat imaginatif dan kemahuan diri dari dalaman, kerana takut akan terbawa-bawa sifat tersebut. Merasakan bahawa diri ini telah pernah ditipu dan dilukakan, sehingga menjadi amat berhati-hati dengan orang lain (mungkin juga...). Bersifat kritikal dan berhati-hati untuk meneliti sama ada yang lain adalah ikhlas terhadap diri saya -- sifat kritikal yang mudah menjadi sifat tertutup yang tidak mudah mempercayai orang lain.

Sifat Diri Yang Tidak Ditonjolkan
Sanggup terlibat secara emosi dan mampu mencapai kepuasan melalui aktiviti seks (wow). Mempunyai sifat kurang keyakinan diri yang tidak diakui menyebabkan saya berhati-hati untuk mengelakkan konflik dan merasakan bahawa saya perlu membuat yang terbaik dalam segala-galanya (hhmm... ngam juga).
Menjadi resah apabila kemahuan dan keinginan saya tidak difahami dan tidak mempunyai sesiapa pun untuk meluahkan perasaan dan menaruh harapan. Bersifat egosentrik, maka mudah tersinggung (ngam).
Merasakan bahawa diri sendiri terkurung dan tidak selesa, dan mencari cara lain untuk mendapat keredaan (apa maksud dia ni).

Apa Yang Ingin saya Capai
Mendapat kesan langsung daripada penolakan (rejection) dan apabila tidak difahami, dan berusaha kuat untuk menindas perasaan ini. Tidak suka diganggu dan mahu dibiarkan sersendirian... (kadang-kadang)

Masalah Sebenar
Mempunyai kebolehan semulajadi untuk membuat analisa secara kritikal. Kadang-kala memberi kritikan secara kasar, tanpa meneliti kepada fakta. (uinah, adakah?)
Kekecewaan silam dan bimbang bahawa merancang untuk masa depan adalah sia-sia menjadi sebab utama saya gelisah dan merasa kekosongan jiwa. Ini membuatkan saya menjadi keras kepala dan bersifat memberontak (macam kenal saja perasaan ni).

Nah, apa pendapat kamu? Ini kah ARTEo yang kamu kenali?

Mahu cuba buat soalan yang sama?


Yang rabun warna, cuba-cuba saja lah...

No comments: