My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080309

merentas alam semesta...

Terjemahan langsung daripada tajuk produksi muzikal Across The Universe, arahan Julie Taymor dan dibintangi oleh Evan Rachel wood, Jim Sturgess, Joe Anderson, Dana Fuchs dan Martin Luther. Berlandaskan peristiwa-peristiwa sejarah Amerika pada zaman 60-an, watak-watak menggunakan lirik-lirik daripada kumpulan Beatles sebagai skrip. Nama-nama watak juga adalah berdasarkan karakter-karakter yang terdapat di dalam lagu-lagu Beatles.

Muzikal ini mengisahkan seorang pekerja pelabuhan dari Liverpool, Jude, yang merantau ke Amerika untuk mencari ayah kandungnya. Semasa di Amerika, dia telah berkawan dengan seorang pemuda bermasalah bernama Max dan jatuh cinta dengan adik Max bernama Lucy. Max kemudiannya telah menjadi rekrut dalam perang Vietnam membuatkan Jude serta Lucy terlibat dalam rusuhan protes anti-peperangan.

Cerita ini pada asasnya adalah sebuah kisah cinta yang turut menerapkan pergelutan anti-peperangan, menegakkan hak kebebasan bersuara, hak kerakyatan, eksplorasi ideologi awal kemindaan dan yang utama sekali, kebangkitan zaman "rock 'n' roll'.

Produksi ini adalah satu kemestian untuk mereka-mereka yang meminati lagu-lagu Beatles dan juga peminat seni sinematografik kreatif. Untuk jalan ceritanya yang agak mudah dan boleh diduga, saya memberikan markah 89% kerana interpretasi lagu-lagu adalah agak unik.

Antara lagu-lagu Beatles yang dipaparkan di dalam muzikal ini adalah:
01. Girl
02. Helter Skelter
03. Hold Me Tight
04. All My Loving
05. I Want to Hold Your Hand
06. With a Little Help from My Friends
07. It Won't Be Long
08. I've Just Seen a Face
09. Let It Be
10. Come Together
11. Why Don't We Do It in the Road?
12. If I Fell
13. I Want You (She's So Heavy)
14. Dear Prudence
15. Flying
16. Blue Jay Way
17. I Am the Walrus
18. Being for the Benefit of Mr. Kite!
19. Because
20. Something
21. Oh! Darling
22. Strawberry Fields Forever
23. Revolution
24. While My Guitar Gently Weeps
25. Across the Universe
26. Helter Skelter
27. And I Love Her
28. Happiness Is a Warm Gun
29. Revolution
30. A Day in the Life
31. Blackbird
32. Hey Jude
33. Don't Let Me Down
34. All You Need is Love
35. She Loves You
36. Lucy in the Sky with Diamonds

No comments: