My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080310

falsafah hari ini...

Isu-isu etikal berkaitan moraliti menjadi tema utama pemikiran saya pada minggu lalu, apabila saya didepankan dengan masalah keluarga salah seorang staf di klinik yang berada hampir di ambang penceraian... saya terpaksa membuat pemerhatian di luar agenda dan pendirian saya sendiri, dan cuba menganalisa situasi tersebut tanpa dipengaruhi oleh faktor kepercayaan dan falsafah saya sendiri.

Tetapi apabila difikirkan sejenak, apakah peranan kita sebagai kaunselor, apabila seseorang itu datang untuk mencari bantuan nasihat (katakan) adakah kita tidak sepatutnya memberi nasihat berdasarkan pendirian kita sendiri? Menurut pengertian asas kaunseling, seseorang kaunselor hanya berperanan sebagai coach atau pembimbing dalam seseorang dalam bantuannya itu mencari dan mendapatkan penyelesaian untuk masalahnya sendiri. Seseorang kaunselor yang baik tidak akan menekankan apa-apa keputusan yang perlu dibuat oleh kliennya. Pengertian ini menjadi platfom debat di mana sesetengah pendapat manyatakan bahawa kaunselor tidak wajar menjalankan kaunseling dengan membawa isu-isu peribadi ke dalam perkhidmatannya (termasuk pengertian agama, etika dan politik tentunya).

Namun di manakah garis pemisahan antara kaunseling yang djalankan ke atas klien atau pesakit, dan kaunseling yang dijalankan ke atas sahabat. Adakah garis itu terletak di atas persahabatan, ataupun ianya masih bergantung kepada isu yang dibincangkan?

Apabila garis itu diletakkan di atas isu yang dibincangkan, seseorang kaunselor tentu sekali perlu membuat pertimbangan sama ada ianya berlandaskan kebaikan, atau moraliti, atau etika. Dengan itu, timbul pula persoalan, apakah kriteria yang membolehkan sesuatu itu dianggap "baik" atau bermoral?

Isu ini tidak akan diselesaikan di sini, Jika ianya mudah, sudah tentu persoalan ini tidak akan bertahan selama 2400 tahun apabila Plato pertama sekali membawa dilema ini dalam perbincangan. Perkara ini tercatit di dalam Dialog nukilan Plato yang menerangkan perbincangan antara Socrates dengan seorang bernama Euthyphro semasa mereka memperdebatkan isu "kebaikan". Euthyphro menyatakan bahawa sesuatu itu adalah baik sebab ianya dikasihi oleh para dewa. Socrates menyangkal pendapat itu kerana para dewa mungkin tidak selalu sependapat. Euthyphro akhirnya memudahkan kesimpulannya menjadi sesuatu itu adalah baik apabila semua dewa serentak mengasihinya... bingung? Saya pun.

Walau bagaimanapun, di dalam konteks moden (monotheisme) persoalannya dimudahkan kepada "adakah sesuatu yang baik itu diseru oleh Tuhan kerana ianya baik... ataupun ianya baik maka ianya diseru oleh Tuhan?" (Is what is good commanded by God because it is good... or is it good because it is commanded by God?) Ini yang dinamakan sebagai Dilema Euthyphro (bagi sesiapa yang minat falsafah lah...)

Memihak kepada pilihan yang pertama, jika sesuatu itu adalah baik kerana ianya diseru oleh Tuhan, maka terdapat banyak kontroversi yang timbul daripada percanggahan yang dilihat di dalam seruan Tuhan sendiri... sebagai contoh, Tuhan menyeru supaya Jangan Membunuh (Exodus 20:13)... Tetapi apa pautan seruan ini dengan Perang Salib atau pembunuhan untuk mempertahankan diri... tentu sekali kebaikan yang dipautan kepada "tidak membunuh" tidak dapat diambil dalam ertikata yang sama dalam semua hal...

Apabila memihak kepada pilihan kedua pula, sesuatu itu adalah baik maka ianya diseru oleh Tuhan, menampakkan bahawa Tuhan hanya berperanan sebagai duta kabaikan, iaitu kebaikan bukan berpunca daripadaNya. Maka kebaikan itu tidak tertakluk kepada perintah Tuhan kerana ianya baik secara tersendiri... bingung?

Haha... bah, ok lah, sebenarnya sudah keluar topik. Namun untuk mereka yang ingin membaca dengan lebih teliti tentang Dilema Euthyphro, klik di sini...

No comments: