Kebelakangan ini entah kenapa rajin saja mau pergi ke karaoke untuk melalak sambil memelihara lagu-lagu wajib. Baru beberapa hari lalu saya pergi ke KKBox untuk melalak dengan Ewann, semalam pergi lagi ke K-Box. Menyanyi di karaoke boleh membawa kesan positif (faedah terhad kepada si penyanyi sahaja, kepada pendengar lain cerita - boleh jadi baik atau buruk!) kerana ia merupakan salah satu daripada cara untuk melepaskan stres yang terkumpul. Dalam bidang psikologi, kesan ini sama dengan kesan yang didapati apabila seseorang itu berkongsi masalah dengan kaunselor atau rakan karib untuk mengurangkan tekanan.ebih-lebih lagi apabila lirik-lirik lagu yang dibawa menepati situasi atau perasaan terpendam si penyanyi.
Karaoke sebenarnya berasal daripada bahasa Jepun, hasilgabungan dua perkataan iaitu Kara dan Oke. Kara bermaksud kosong dan oke adalah kependekan dari perkataan orkestra, jadi maksudnya lebih kurang macam minus one la tu, orkestra yang tiada penyanyi (kosong).
Perbandingan antara dua pusat karaoke ini, walaupun kedua-duanya menawarkan konsep karaoke keluarga, KKBox lebih selesa untuk dikunjungi oleh golongan kanak-kanak (kalau mereka mau datang la) Makanan di KKBox dihidangkan secara buffet pada harga RM45.00 seorang, tidak termasuk caj keropok yang terselindung. Minuman hanya boleh diorder sekali saja, so jangan la main teguk saja, jimat-jimat sikit minum air. Makanan di K-Box boleh diorder secara ala-cart. Mereja juga menyediakan set makan malam dari jam 6 hingga 9 malam, termasuk sewa bilik hanya untuk RM12++ pada hari Isnin hingga Khamis. Jika datang lewat daripada jam 9, bayaran kemasukan mencecah RM39++.
Keputusannya, KKBox 83% (lulus) dan K-Box 75% (nyaris)...
No comments:
Post a Comment