My Own Happiness Project

My Own Happiness Project
because happiness begins inside and flows out...

20080407

renungan hujung minggu.....

Tanpa disedari kini sudah pun masuk minggu pertama dalam bulan April... bermakna sukuan pertama untuk tahun 2008 sudahpun berlalu... bagaimana dengan azam anda untuk tahun baru setakat ini?
Adakah sudah 25% tercapai?

Memandang balik perkara-perkara yang berlaku dalam sukuan pertama tahun ini... susah hendak saya akui ianya telah berlalu dengan sempurna... baca saja coretan saya dalam beberapa bulan lepas, membuatkan saya terasa hampa sekali kerana telah membenarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa signifikasi... Apa yang saya rasakan hanya tertakluk kepada sudut kerjaya. Terlalu banyak masa dibazirkan untuk mengenalpasti kedudukan saya di dalam program yang dijalankan, dan terlalu banyak masa terbazir merenung nasib yang terlibat secara tidak langsung di dalam arus kucar-kacir politik jabatan.

Namun, seperti yang saya percayai, setiap yang berlaku akan ada hikmah yang terselindung... terpulang kepada kita sendiri untuk sabar dan menunggu hikmah itu datang menunjuk diri... tetapi acapkali hikmah itu adalah suatu anugerah... dan anugerah itu biasanya diberi kepada mereka yang mempunyai ekspektasi yang paling kecil... nah, don't get me started...

Sementara pergolakan politik jabatan sedang berlaku, saya pula mengundur diri ke ruang selamat saya sendiri, di sebalik pintu birokrasi, bertemankan masa terluang, komputer riba dan rangkaian ke internet, mula melemaskan diri dengan kemaskini blog... mungkin jika dilihat melalui minda tirus, ini mungkin merupakan satu aktiviti gantian yang tidak banyak mendatangkan faedah, hampir sekutu dengan budaya lepak di kaki lima.

Biarlah mereka yang berminda tirus dengan kaki-kaki lima mereka...

p-a-t-c-h telah membuka banyak pintu persahabatan yang baru, terutama di kalangan mereka yang juga kaki blogging... setidak-tidaknya, ada juga teman pergi moginum....

Bercakap pasal moginum pula, hujung minggu ini saya telah bertekad tidak akan minum (minggu depan okay!) oleh itu, banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga dan keluar dengan adik-beradik...

Hari Sabtu telah dikhaskan untuk membuat photoshoot si Fredo. Disebabkan oleh sedikit masalah komunikasi, jadual photoshoot telah tersesar ke sebelah petang, dan disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak optimal, kami terpaksa membuat kerja-kerja research untuk mencari sudut terbaik dan tema untuk albumnya.

Baru sahaja hendak pulang dari perbincangan, kereta pula mati kehabisan bateri di carpark Centre Point dan terpaksa meminta s.o.s dari Ben... memang Sabtu lalu bintang-bintang tuah saya terlari alignmentnya, sedang-sedang menunggu Ben sampai, photoshoot malam pula kena batal atas sebab-sebab tertentu... ndapa lah juga... bekerja dalam bidang perkhidmatan memang begini...

Di rumah pula, ingatkan boleh lah mengemaskini blog dan meng-upload gambar ke flickr, tetapi internet pula terlampau perlahan membuatkannya mustahil untuk memblog pada hari itu... tapi dengan tekad tidak mahu membazirkan hari tersebut, saya dan adik-beradik saya pergi minum kopi botol di Kafe Muzium Kopitiam. Selepas itu kami sempat lagi berposing-maut di sekitar Gaya Street...

Hari Ahad dimulakan bersama keluarga di sebelah pagi, dan pada waktu tengahari, sessi photoshoot Fredo dimulakan dengan sessi studio di Tg Aru. studio yang dimaksudkan jauh dari apa yang dibayangkan (saya bayangkan studio fotografi) tetapi sebenyarnya studio rakaman, nasib saja ada gambar spotlight, so okay la, style amatur juga bah... Sebelah malamnya, selepas family dinner, saya dan Ben keluar lagi ke Survey membeli sedikit keperluan. Secara amnya, hari ahad ini okay... slow and steady...

No comments: