Masa Vic san saya masih muda-muda dulu, pernah mahu menakluki Sabah melalui frekuensi radio, namun daripada penaklukan itu, kami tidak berjaya memusnahkan Sabah tetapi sekadar memberi orang mimpi-mimpi ngeri saja...
Apabila gagal kali pertama kami cuba sekali lagi... Kalau balik-balik mimpi ngeri juga akan menurunkan kadar produktiviti negeri secara tidak langsung dan memusnahkan Sabah pada kadar yang perlahan tetapi konsisten... muahahahaa.... sot!
Kali pertama saya rasa, kami membentangkan ideologi-idealogi kemanusiaan dan impian kehidupan untuk mencapai pengertian-kendiri (self-actualisation) dalam skala yang besar. Syok juga masa tu dapat buat dedikasi lagu-lagu kepada kawan-kawan dan keluarga, sambil itu buat lawak yang saya rasa hanya lucu untuk sebilangan kecil pendengar yang bijak sahaja. Yang lain tidak faham jenaka kelas tinggi....
VIC: mau buat lagi kah nanti kau balik bulan Jun ni? Tapi macam terlampau tua sudah bah kan untuk semua ini... Tengok la kalau kau mau...
No comments:
Post a Comment